Friday, January 7, 2011

Petua menjaga mata :D

السلا م عليكم

Hei hei, kepada korang, korang dan aku yang selalu membazir masa pada scrin terang seperti fb, blogg, tumbr n bla bla. Ye lahh korang tengah syok syok walling dengan boyfriend korang, tengok gambar lelaki korea yang handsome tanpa korang sedar yang mata korang hampir menuju tahap nak lempang korang sebab sakit lah mata tuu tengok skrin PC korang tu lama-lama. So well dari mengelakkan aku jumpa korang dari bermata dua menjadi mata empat seperti aku so jom kita tengok petua diaa :)


1. Setiap kali mandi atau berwudhuk (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.Tapi tak salah cuba kan..hehe

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga.

Caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada gambar lelaki korea melintas walaupun memang takkan nampak hehe) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa ,hehe dan mata anda juga berisiko utk terkena lontaran objek-objek berbahaya.

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak?? Itu senang jer, bukak je lah google search pokok , nanti tengok je lah gambar pokok yang hijau tuu , hehe.

*kenapa aku letak colour warna kuning , saje saje :D supaya dengan aku colour warna terang , korang akan try cara kat atas nieyy, hihi walaupun hampeh sebab aku tahu korang takkan try :)

4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah-buahan (terutama aprikot & anggur)

5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda.., faham-faham sendirilah ye.

P/S :
Dari mata turun ke hati ツ


No comments:

Post a Comment