Saturday, May 1, 2010

kisah seorang gadis .

bermula lah sebuah kisah yang menyedarkan seorang gadis tentang pengorbanan seorang ibu ...ceritanya bermula begini..
pada suatu hari. gadis ini dan keluarganya pergi bercuti di suatu tempat yang digelar melaka . pada masa itu,mereka keluar berjalan bersama mak dan kakaknya di sebuah shopping complex . semasa berada di sana . dia mahu membelikan kichen untuk rakan rakanya di sekolah . namun ibunya mengatakan bahawa kichen yang ada disitu dijual mahal sekali . mukanya meradang . kemudian dia mengajak ibunya melihat jam yang ada di kedai kedai di shopping complex itu . gadis itu tiba tiba terpikat dengan salah satu jam yang ada di situ .mukanya yang mula meradang mula menjadi gembira kerana dia merasakan harapan nya untuk membeli jam itu akan tercapai . namun harapan hanya tinggal harapan . ibunya mengatakan bahawa ibunya telah membeli kannya jam baru.tetapi jam itu dipinjamkan kepada kakaknya yang sulung dahulu kerana akaknya sedang menghadapi ujian ketika itu . perasaan gadis itu mula meradang semula . kemudian ibunya mempelawa nya untuk menikmati sebuah ais krim yang hendak dibelinya untuk anak- anaknya termasuk gadis itu sendiri . namun semasa ibunya sedang mempelawa gadis itu memasamkan muka menandakan dia tidak menginginkannya . ibunya menanyakan sekali lagi. namun jawapan nya tetap sama . semasa di dalam kenderaan ibunnya tidak henti henti melontarkan senyuman kepada gadis tersebut walaupun senyuman itu lansung tidak dibalas . kemudian ibnunya menceritakan tentang sekolah sekolah yang berada di situ . tapi gadis yang tidak tahu mengenang jasa itu terus mendiam kan diri dan tidak melayan segala perbualan yang dikatakan ibunya kepadanya . tiba -tiba semasa kenderaan yang dinaikinya itu mula melepasi sebuah masjid . tiba tiba hatinya seolah berkata kata pernah kah dia terfikir bahawa ibunya juga mahu memiliki sesuatu yang diinginkan . tetapi kerana mementing kan kepentingan yang harus diberikan kepada anak nya . dia abaikan segala keinginan yang dia impikan .tetapi mengapa gadis sepertinya boleh meradang sedangkan ibunya sanggup berkorban segala keinginannya hanya utk anak-anaknya . air mata gadis itu mula menitik sedikit demi sedikit . hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan nya pada waktu itu .

No comments:

Post a Comment